Artikel

MPOB Tampil Teknologi Baharu – Sasar Kemajuan Pengkomersialan, Ekosistem Sawit Negara

Bersempena Seminar dan Pameran Pemindahan Teknologi (TOT) 2021 kini menampilkan penglibatan teknologi baharu pada industri sawit negara.

Pada pelaksanaan itu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memperlihat 4 teknologi baharu iaitu:

  • Kawalan Penyakit Tanaman Sawit
  • Penghasilan Produk Biojisim – POME, rawatan sisa buangan kilang kelapa sawit
  • Pengenalan Jentera Pemunggah Buah Tandan Segar – sistem haidraulik
  • Penggunaan Bakteria Endofitik – mengawal penyakit reput pada pangkal batang

Menerusi penampilan teknologi sedemikian, MPOB menyasarkan peningkatan pada kecekapan produktiviti, fasiliti dan kemajuan pengkomersialan.

Tindakan ini akan membawa kesan yang baik pada kelangsungan industri sawit negara.