Artikel

Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis Dan Pahang – Bakal Beralih Ke Fasa 2 PPN, Mulai 5 Julai

5 buah negeri kini dilihat memenuhi nilai indikator di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Iaitu nilai ambang kes, kapasiti unit rawatan rapi (ICU) yang sederhana dan liputan vaksin lengkap telah melebihi 10%.

Berdasarkan penilaian itu, Menteri Kewangan – Tengku Zafrul dan Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri melihat kriteria tersebut membenarkan peralihan kelima-lima negeri ini ke arah Fasa 2 PPN.

Dilaporkan pengutkuasaan itu akan berlangsung pada 5 Julai kelak, Isnin ini.

Bagaimanapun, pada fasa kedua – perjalanan rentas daerah, negeri masih tidak dibenarkan. Kecuali melibatkan pergerakan guru serta pelajar yang perlu mengikuti kelas peperiksaan utama.

Berita dari semasa ke semasa akan menyusul.

Pelan Pemulihan Negara