Pemerkasaan penglibatan perniagaan ke arah ekonomi digital kini telah mula memaparkan peningkatan. Kenaikan ini didorong tekanan pandemik sejak tahun lalu, yang menyebabkan entiti perlu mempelbagaikan inisiatif mereka dalam memastikan kelangsungan operasi.
Menyedari kepentingan itu, Foodpanda bersama Kementerian Kewangan (MOF) hari ini (2 Julai) mengumumkan kolaborasi, memacu penyertaan kalangan PKS dan usahawan Mikro dalam platform e-dagang – menerusi inisiatif Shop Malaysia Online dan Go E-Commerce.
Untuk makluman inisiatif Shop Malaysia Online dan Go E-Commerce adalah sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan Jun 2020.
Inisiatif ini berperanan menawarkan latihan pendedahan penggunaan dan subsidi kepada perniagaan mulai Julai sehingga Disember 2021 dan ia meliputi penyertaan MDEC – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia pada penawaran pembiayaan tersebut. Sehingga kini, inisiatif ini telah menjana lebih daripada RM1.87 bilion jualan untuk perniagaan Malaysia dan memberi banyak manfaat kepada 210,000 peniaga Malaysia.
Wujudnya platform sekaligus selari dengan matlamat negara mencapai penglibatan menyeluruh pada Ekonomi Tanpa Sentuhan. Ini membantu warga PKS dan usahawan Mikro memahami tuntutan pengguna sepanjang pandemik.
Tidak hanya itu, bagi tempoh yang sama – Foodpanda turut menyediakan ganjaran menarik kepada pengguna aktif plaform untuk menikmati potongan RM8 (dengan nilai pesanan minimum RM25) bagi semua makanan kegemaran mereka dari Subway, Nando’s, Tealive, Pasta Panas, Marrybrown, Dave’s Deli, McDonald’s, KFC dan banyak lagi dengan kod promo, MAKANONLINE. Pengguna juga dapat menikmati potongan harga yang sama untuk pesanan makan malam (6:00 dan seterusnya) dengan kod promo, EATONLINE dari 15 Julai hingga 31 Disember 2021.