Artikel

i-CITRA KWSP – Akan Utamakan Pengeluaran Dana Akaun 2

Pengenalan ciri i-CITRA KWSP di bawah pakej PEMULIH, akan membuka ruang kepada pencarum mengeluarkan dana simpanan mereka, sehingga had maksismum RM5,000.

Namun, KWSP kini menjelaskan pengeluaran dana itu akan diberi keutamaan kepada Akaun 2 sebelum memberi akses pada Akaun 1.

Tindakan itu hanya dapat dilakukan sekiranya – dana simpanan Akaun 2 tidak mencukupi, memerlukan akses pengeluaran pada dana Akaun 1.

Kelonggaran ini diberi kepada para pencarum, untuk mendepani krisis kewangan yang dilalui ketika ini. Menerusi ciri baharu ini, ia dianggarkan dapat memanfaatkan sekitar 12.6 juta pencarum dengan pengeluaran setiap bulan sebanyak RM1,000 untuk tempoh 5 bulan.

Sebarang perincian lanjut boleh layari pautan portal KWSP, dan kemudahan ini akan tersedia mulai 15 Julai kelak.