Meskipun beroperasi selaku perkhidmatan kuarantin, Hotel Istana Kuala Lumpur milik Tradewinds Corp Berhad kini bakal menutup operasinya menjelang, 1 September kelak.
Antara langkah yang diambil adalah menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada pekerja yang terlibat.
Perkhidmatan hotel bertaraf 5 bintang yang telah berkhidmat selama 29 tahun itu menyatakan – kelangsungan perkhidmatan kuarantin, tidak menidakkan kerugiaan yang dialami oleh mereka sepanjang PKP.
Kesan ini meliputi kebenaran operasi mengikut tempoh tertentu, ketiadaan pelanggan dan pulangan rendah yang dimiliki mereka.
Keputusan penutupan ini dilihat telah meneliti pelbagai aspek. Tidak hanya Hotel Istana, bahkan cawangan Mutiara Johor Bahru milik Tradewinds sebelum ini, turut alami penutupan operasi pada Mei lalu.
Untuk makluman, Tradewinds antara pemilik dan pengendali hotel terbesar negara dengan pemilikan resort sepertiĀ The Danna Langkawi, Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Hilton Petaling Jaya dan beberapa perniagaan lain.