Artikel

Malaysia Sasar Pertumbuhan Ekonomi Digital Sumbang 22.6% Kepada KDNK – Menjelang 2025

Sejumlah RM147.1 biliom dana kini telah diperuntukkan kepada perusahaan kecil sederhana (PKS) dan usahawan mikro – bagi merangsang semula pertumbuhan ekonomi, sejak tahun lalu.

Ini meliputi penglibatan pelbagai pakej rangsangan, termasuklah pengenalan PEMULIH baru-baru ini.

Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yasin menyatakan – halangan sekatan ketika ini menuntut sebahagian pengendali perniagaan untuk beralih ke arah ekonomi digital iaitu menawarkan pemasaran secara atas talian. Menerusi langkah itu, penyertaan warga PKS pada MyAssist MSME amat digalakkan, untuk memerkasakan operasi mereka.

Melalui penawaran sedemikian, ia selari dengan matlamat negara untuk mencapai sasaran sumbangan ekonomi digital sebanyak 22.6% kepada KDNK menjelang tahun 2025.

Seperti yang kita ketahui, penyertaan PKS pada tahun 2019 telah menyumbang kepada 38.9% kepada KDNK, dan menyumbang 17.9% kepada eksport negara.

Melalui usaha berterusan pada galakkan ekonomi digital – ia akan meningkatkan pertumbuhan negara. Sekaligus, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada sektor ekonomi.

Wujudnya penyediaan MyAssist ini – secara langsung membuka ruang para pengusaha, memperluaskan pemasaran mereka dengan lebih mudah.