Sektor pelancongan domestik bagi tahun 2020, jelas memaparkan kemerosotan ketara apabila hanya mencatatakan perbelanjaan sekitar RM40.4 bilion, menyusut 60.8% berbanding tahun 2019 – iaitu RM103.2 bilion.
Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini turut membawa kepada penyusutan pelawat domestik yang mencatatkan 131.7 juta pelawat pada 2020 berbanding 239.1 juta pada 2019.
Maka penurunan ini turut didorong kadar kehadiran pelawat harian dan perbelanjaan mereka.
Meskipun sektor perlancongan akan terus menerima kesan yang mendalam disebabkan pandemik COVID-19, namun penekanan terhadap bahagaian domestik harus terus dipertingkatkan dari semasa, setelah negara mencapai angka penurunan kes yang baik.
Antara negeri yang dilihat berpotensi dan mengekalkan prestasi selaku kawasan pilihan tempatan bagi tahun 2020 adalah Selangot (19.7 juta pelawat), Perak (13.2 juta pelawat), Kuala Lumpur (12.4 juta pelawat), Sabah (10.3 juta pelawat) dan Kedah (10.1 juta pelawat).