Di bawah dana tambahan, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan mengalami tambahan nilai dengan jumlah keseluruhan RM2.1 bilion.
Ini bermakna, bermula hari ini (30 Jun) pengagihan dana tambahan akan dilakukan secara berperingkat ke atas 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas dan 3.8 juta individu bujang.
Pembayaran tersebut akan dilakukan mengikut ketetapan sedemikian:
- Isi rumah, Warga emas, Bujang – dana tambahan akan di kreditkan kepada akaun bank dalam tempoh 30 Jun-2 Julai 2021
- Penerima yang tidak memiliki akaun bank, termasuk di Sabah & Sarawak – akan menerima dana tersebut pada hari ini di cawagan BSN