Artikel

Harga Minyak Petrol Papar Peningkatan – RON97 Naik 2 Sen, Sementara RON95 Masih Di Paras Siling

Berdasarkan penetapan harga runcit minyak petrol negara esok, ia menunjukkan sedikit peningkatan pada minggu ini.

Melalui penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism, ini adalah rangkuman harga runcit petroleum bagi tempoh 1 Julai 2021 hingga 7 Julai 2021.

RON97 naik 2 sen dengan catatan RM2.69 sen seliter, sementara RON95 masih kekal di paras harga RM2.05 sen seliter – ini disebabkan penetapan harga siling.

Diesel turut kekal pada paras harga RM2.15 sen seliter.

Kerajaan kini akan terus memantau sebarang kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi menjamin kesejahteraan rakyat negara.