Artikel

ASNB-PNB Umum Pengagihan Pendapatan Berjumlah RM311.2 Juta – Bagi ASB 3 Didik, ASN Equity 2

Syarikat pengurusan unit amanah – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) semalam (29 Jun) memaklumkan agihan pendapatan berjumlah RM311.2 juta untuk dana harga tetapnya, ASB 3 Didik dan ASN Equity 2 bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021.

Pengagihan pendapatan itu merangkumi 4.25 sen seunit pada ASB3 Didik dan ASN Equity 2 pula 1.76 sen seunit.

Pada masa yang sama, ASB 3 Didik kini merekodkan pendapatan bersih sekitar RM295.7 juta, memaparkan peningkatan 17.6% berbanding tahun lalu. Perolehan ini akan memberi manfaat kepada 302,672 pemegang unit.

Sementara itu, agihan ASN Equity 2 pula akan memanfaatkan 34,567 pemegang unit dengan jumlah dividen RM22.8 juta.

Untuk makluman, pengiraan agihan pendapatan ASB 3 Didik ini meliputi purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan. Manakala, pengiraan ASN Equity 2 pula berpaksikan kepada baki unit yang dipegang pada 30 Jun 2021.