Artikel

KWSP Buka Semula Seluruh Kaunter Perkhidmatan – Mulai 1 Julai

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memaklumkan akan membuka semula kaunter perkhidmatan di pejabat cawangan di seluruh negara mulai 1 Julai 2021.

Pembukaan semula kaunter perkhidmatan di pejabat cawangan KWSP ini bertujuan memenuhi keperluan ahli yang memerlukan perkhidmatan KWSP disamping mengimbangi aspek kesihatan dan keselamatan anggota serta ahli yang hadir berurusan.

Perkhidmatan terpilih yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Pengeluaran Umur 50, 55 dan 60
  • Pengeluaran Kesihatan
  • Pengeluaran Kematian
  • Penyerahan Arahan Bayaran (PO) dan cek jurubank pengeluaran

Untuk makluman, pembukaan operasi kaunter perkhidmatan akan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang pada hari bekerja untuk beberapa perkhidmatan terpilih.

Oleh itu, semua ahli diminta melakukan temu janji terlebih dahulu melalui Janji Temu Online (JTO) dengan melayari www.kwsp.gov.my/janjitemu sebelum mendapatkan perkhidmatan di kaunter perkhidmatan KWSP.

KWSP akan menghubungi ahli untuk hadir di kaunter perkhidmatan pejabat KWSP yang berkenaan bagi urusan penyerahan Arahan Bayaran (PO) dan cek jurubank untuk pengeluaran yang telah dibuat oleh ahli.

Para pencarum juga diingatkan untuk mematuhi garis SOP yang ditetapkan, ketika hadir di kaunter perkhidmatan KWSP.  Sementara itu, bagi urusan melalui i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan) dan perkhidmatan atas talian lain, boleh dilakukan menerusi kaedah tersebut tanpa perlu hadir ke kaunter fizikal. Tindakan ini akan memudahkan urusan pencarum dengan KWSP.

Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my