Seperti yang umum ketahui, kaunter perkhidmatan kerajaan sejak 1 Jun lalu telah mengalami penangguhan operasi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kini, operasi tersebut akan mula dibuka pada 1 Julai kelak.
Bagaimanapun, pembukaan kaunter perkhidmatan ini melibatkan operasi yang tidak boleh dilaksanakan secara atas talian dan kapasiti petugas pula diperkatakan tidak melebihi 50%.
Malah kehadiran secara fizikal juga akan ditetapkan secara temujanji berjadual.
Menurut Ketua Setiausaha Negara – Mohd Zuki Ali, keputusan pembukaan operasi ini akan meliputi tatacara yang terperinci berasaskan garis panduan yang ditetapkan. Tindakan pembukaan ini turut merangkumi permintaan orang awam berhubung keperluan rasmi.
Untuk makluman, setakat ini perkhidmatan kerajaan yang dibuka adalah kesihatan, balai polis, kastam, dan imigresen.
PENGOPERASIAN PERKHIDMATAN KAUNTER BAGI PEJABAT KERAJAAN DALAM FASA PERTAMA PELAN PEMULIHAN NEGARA pic.twitter.com/dFfzlml0zO
— Mohd Zuki Ali (@zukiAli_) June 29, 2021