Artikel

Go Halal SME – Tingkatkan Penyertaan PKS Pada Ekosistem Halal Negara

Bagi meningkatkan pembangunan ekosistem industri halal negara, HDC – Halal Development Corporation Berhad bersama Bank Islam Malaysia kini menawarkan kemudahan dana pembiayaan baharu, Go Halal SME.

Bertindak selaku penyedia kemudahan pembiayaan menerusi aplikasi, ia akan membantu PKS dalam memahami keperluan perniagaan yang lebih teratur.

Selain itu, penawaran ini turut membabitkan permulaan saiz portfolio berjumlah RM100 juta.

Adanya kemudahan sedemikian, ia akan memberi manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam penyertaan mereka pada ekosistem halal negara.

Untuk makluman, penawaran tersebut merangkumi pembiayaan proses pensijilan halal, kos sumbangan Takaful serta perbelanjaan modal perniagaan dan modal kerja.

  • Perniagaan Pemilik Persendirian dan Perkongsian – disediakan jumlah pembiayaan RM100,000 – RM1 juta
  • Perniagaan Sdn. Bhd. – disediakan RM100,000 – RM3 juta untuk tempoh pembayaran semula 7 tahun

Malah, melalui gabungan produk ini – pelanggan Go Halal SME turut perolehi kemudahan Kad Krediat-i Visa Infinite Business, yang membolehkan individu melaksanakan pembayaran perbelanjaan syarikat menggunakan kad kredit.

Tidak hanya, perolehan mata ganjaran juga ditawarkan kepada pelanggan.

Buat masa ini, berdasarkan persidangan maya pelancaran – hampir 2,200 syarikat telah berdaftar pada Halal Intergrated Platform (HIP), dan kumpulan ini boleh dipertimbangkan berhubung permohona dana pembiayaan  tersebut.