Artikel

16% Rakyat Malaysia Kini Didapati Lebih Selesa Melanggan Berita Atas Talian – Tinjauan Reuters

Kehadiran platform berita atas talian, nyata merancakkan lagi arena pemberitaan negara. Malah revolusi teknologi pada penggunaan peranti pintar dan pandemik COVDI-19 juga dilihat telah mempengaruhi tingkah laku pengguna berhubung perolehan kandungan berita mereka.

Kenyataan ini dapat diperlihat pada tinjauan Reuters Insitute Digital News 2021. Di mana, negara Malaysia memaparkan penyusutan pada cetakan pemberitaan (akhbar) dan mengalami peningkatan pada penggunaan pautan berita atas talian dan siaran televisyen.

Apa yang menarik tinjauan dapati – sekitar 16% rakyat negara melanggan perolehan kandungan berita atas talian. Meskipun, angka sedemikian lebih kecil berbanding negara jiran seperti Indonesia (19%) dan Filipina (17%). Namun, potensi peningkatan disasarkan akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Peratusan langganan ini turut merangkumi kadar kebolehpercayaan pembaca pada sesebuah portal pemberitaan. Melalui dapatan, beberapa jenama pemberitaan jelas memiliki peratusan tertinggi dalam kalangan pembaca negara. Antaranya Astro Awani, The Star, TV9, RTM, TV3 dan akhbar tempatan.