Walaupun ekonomi negara mengalami sekatan tambahan sejak awal Mei lalu – ia tidak menyekat peningkatan yang baik bagi pertumbuhan dagangan Malaysia.
Berdasarkan perkongsian data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), momentum perdagangan Malaysia pada Mei 2021 dilihat memaparkan peningkatan dari aspek Imbangan Dagangan.
Kenaikan imbangan dagangan kepada RM13.7 bilion iaitu 32.3%, jelas mendorong kepada lebihan dagangan. Ini membawa erti momentum pertumbuhan eksport negara melebihi imbangan import.
Ia suatu peningkatan yang positif untuk Malaysia.
Meskipun eksport meningkat kepada RM92.3 bilion, namun imbangan import tidak menunjukkan penurunan, ia kekal memaparkan peningkatan 50.3% kepada RM78.6 bilion.
Namun begitu, berdasarkan momentum bulan-ke-bulan, eskport, import, jumlah perdagangan dan lebihan dagangan memaparkan penyusutan – 12.6%, 7.8%,10.4% dan 32.5%.
Bagaimanapun prestasi eksport domestik dapat diperlihat, disumbangkan oleh sektor pembuatan (RM78.8 bilion), pertanian (RM7.5 bilion) dan perlombongan (RM5.7 bilion).
Sementara peningkatan import mengikut penggunaan akhir dan kategori ekonomi umum (BEC) puls dicetuskan kenaikan Barang Perantaraan (52.4%), Barangan modal (34.0%) dan Barangan Penggunaan (37.8%).