Artikel

Tangguhan Bayaran Balik Pinjaman – PTPTN, JPA, MARA Dan PTPK Kini Dilaksanakan Secara Bersasar

Tidak hanya bantuan pembiayaan penting diberi penangguhan – bayaran pinjaman semula untuk pendidikan kini turut dilaksanakan kerajaan di bawah Pakej PEMULIH.

Permohonan penangguhan secara bersasar tersebut merangkumi pinjaman seperti:

  • Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPN) selama 3 bulan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selama 6 bulan – untuk Pinjaman Pelajaran Persekutuan, Bayaran Tuntutan Ganti Rugi Penerima Biasiswa Persekutuan
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA) selama 3 bulan – malah penjadualn semula bayaran ansuran serendah RM100 sebulan turut dilaksanakan
  • Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama 3 bulan

Menerusi inisiatif ini ia akan memanfaatkan sekitar 1.4 juta orang awam dan sejumlah RM400 juta dianggarkan pada implikasi kewangan.

Adanya penawaran sedemikian akan meningkatkan ruang pengurusan perbelanjaan orang awam sehingga tempoh mutlak penangguhan ditamatkan.