Artikel

Kerajaan Umum Bantuan Khas Covid-19 – Untuk Kategori Miskin Tegar, B40 Dan M40

Disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, ia membuatkan ramai yang kehilangan pendapatan harian. Oleh kerana itu, kini dalam usaha meringankan sedikit beban, kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Covid-19.

Bantuan Khas Covid-19 atau BKC ini dibahagikan tiga kategori, iaitu kategori miskin tegar, B40 dan juga M40 – yang akan menerima bantuan kewangan ini.

BKC 2021

Untuk isi rumah kategori miskin tegar, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember – berjumlah RM1300.

Manakalah individu bujang kategori miskin tegar pula akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos 2021, dan RM300 pada November 2021.

Kedua, untuk kategori B40, isi rumah B40 akan menerima bantuan RM500 pada Ogos 2021, dan RM300 pada Disember – berjumlah RM800. Manakala untuk kategori bujang B40, anda akan menerima bantuan RM200 pada bulan Ogos.

Akhir sekali, kategori M40, isi rumah M40 akan menerima bantuan RM250, sementara bujang M40 pula akan menerima bantuan RM100 pada bulan Ogos 2021 kelak.

Bantuan ini dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih 11 juta isi rumah dan individu.