Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini di bawah Pakej PEMULIH, telah memperkenalkan ciri kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-CITRA – dengan pengeluaran sehingga RM5,000.
Kelonggaran ini diberi kepada para pencarum, untuk mendepani krisis kewangan yang dilalui ketika ini. Menerusi ciri baharu ini, ia dianggarkan dapat memanfaatkan sekitar 12.6 juta pencarum dengan pengeluaran setiap bulan sebanyak RM1,000 untuk tempoh 5 bulan.
Meskipun kerajaan memberi penjealasan, kaedah ini akan memberi kesan kepada simpanan saraan pekerja – namun melalui kemudahan kelonggaran ia akan membantu nilai aliran tunai pencarum ketika krisis. Kemudahan ini akan tersedia mulai 15 Julai kelak.
Bagi mengetahui maklumat lanjut, para pencarum boleh layari pautan KWSP i-CITRA untuk makluman lanjut.