Artikel

Kerajaan Bersedia Pertimbang Kebenaran Untuk Syarikat Beroperasi Kapasiti Penuh Sekiranya Semua Pekerja Telah Lengkap Dua Dos Vaksin

Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan program PEMULIH yang membawa sejumlah bantuan kepada rakyat Malaysia.

Selari dengannya, beliau turut mengumumkan yang mana kerajaan bersedia mempertimbangkan kebenaran kepada syarikat untuk beroperasi pada kapasiti penuh sekiranya semua pekerja telah lengkap dua dos vaksin.

Selari dengannya, kerajaan turut bersetuju memberikan potongan cukai ke atas perbelanjaan merangkumi kos peralatan dan perkhidmatan penyediaan PPV oleh majikan.

Kerajaan juga turut bersetuju supaya majikan yang berdaftar dibawah HRD Corp untuk menggunakan baki levi semasa sehingga 10% untuk kos pengurusan dan pembelian vaksin Covid-19.