Artikel

Kerajaan Beri Subsidi Upah Sebanyak RM600 Setiap Pekerja Untuk Sehingga 4 Bulan

Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan program PEMULIH dalam membantu syarikat PKS untuk kekal beroperasi dengan lancar ditempoh pandemik ini.

Salah satunya adalah subsidi upah yang diteruskan untuk fasa seterusnya.

Program Subsidi Upah 4.0


Melalui Program Subsidi Upah 4.0, majikan akan menerima subsidi sehingga RM600 untuk setiap pekerja untuk tempoh sehingga 4 bulan.

Apa pun, ia tertakluk kepada semua sektor di PPN FASA 2 selama 2 bulan, dan dua bulan lagi adalah khusus untuk sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif pada PPN Fasa 3.

Program Subsidi Upah 4.0 juga tidak menetapkan had gaji, dan menawarkan bantuan kepada sehingga 500 pekerja untuk setiap majikan.