Artikel

PEMULIH Peruntuk RM150 Bilion – Ini Perincian Pakej Dana Kelapan Malaysia Depani Krisis Pandemik

Setelah hadir dengan Prihatin, PrihatinPKS+, Penjana, KitaPrihatin, Permai, Pemerkasa dan Pemerkasa+, kini kerajaan persekutuan tampil dengan inisiatif baharu iaitu PEMULIH – Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi, pada hari ini (28 Jun).

Berbekalkan peruntukan sekitar RM150 bilion, Perdana Menteri Mahiaddin Yasin menyatakan pakej ini dapat membantu masyarakat negara depani krisis di kala mengharungi fasa sekatan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ini merangkumi suntikan fiskal kerajaan RM10 bilion.

Selari dengan dengan fokus pertama – agenda prihatin rakyat, PM Mahiaddin turut memaklumkan sehingga hujung tahun ini, kerajaan akan mengagihkan bantuan tunai langsung:

  • Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sehingga Disember – RM4.9 bilion akan disalurkan
  • Bantuan Khas COVID-19  (BKC) – 11 juta isi rumah, warga emas, bujang akan terima manfaat, jumlah RM4.6 bilion
  • Bantuan Kehilangan Pendapatan – RM500 juta akan memanfaatkan 1 juta pekerja yang terkesan.

Selain itu, tambahan dana bagi perluasan peluang pekerjaan dan peroelhan bekalan makanan:

  • Elaun mencari pekerjaan
  • Program jaminan latihan kemahiran
  • MDEC – tambah baik peluang ekonomi gig
  • RM300 juta akan diagihkan kepada setiap ahli Parlimen
  • RM10 juta akan diagihkan kepada masyarakat Orang Asli

Dasar Pengawalan Harga Perlu

  • Paras RON95, Diesel, LPG dikekalkan
  • Subsidi RM1 bilion ke atas pembelian 1KG pek minyak masak akan dilaksanakan

Peruntukan segmen lain:

  • RM15 juta untuk khidmat sosial
  • Diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40%  dengan had maksimum 900 kWj- Diskaun RM346 juta ini akan dilaksanakan mulai Julai
  • Sektor Ekonomi terjejas terima rebat diskaun elektrik sehingga 10%
  • Penyedia telekomunikasi utama negara melanjutkan 1GB data harian secara percuma sehingga 31 Disember 2021 – bakal memanfaatkan 44 juta pengguna
  • 30 unit Bank Bergerak akan disertakan kepada masyarakat negara -merangkumi 250 mukim, memudahkan orang awam menyelesaikan isu dokumentasi

Sementara itu, fokus kedua pula memberi penekanan kepada sokongan perniagaan – kerajaan melihat tumpuan ini akan memastikan kelangsungan operasi premis dapat terus dilaksanakan.

  • Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP) – Tambahan dana RM500 bagi September dan November
  • Program Subsidi Upah 4.0 (GKP) – dana berjumlah RM3.8 bilion akan diperuntukan untuk 2.5 juta pekerja
  • Pengecualian Levi bernilai RM425 juta kini dilaksanakan untuk tempoh 2 bulan
  • Insentif kewangan kepada majikan yang menawarkan peluang pekerjaan
  • Shop Malaysia Online  – RM200 juta untuk PKS Mikro dan RM100 juta untuk PKS
  • Digitalisasi Tansformasi Sektor Pertanian – akan membantu petani beralih kepada digitalisasi
  • Industri kreatif – akan terima peruntukan RM100 juta, sekitar 8,000 penggiat seni terima manfaat
  • Pusat Asuhan Kanak-Kanak, Tadika – peruntukan RM3,000 one-off akan disalurkan kepada 12,400 pengendali taska terima
  • Pengusaha Kantin Sekolah berdaftar terima bantuan RM1,000
  • Pengusaha industri,operator arena sukan terima RM3,000 one-off
  • Orang Kelainan Upaya (OKU) terima bantuan dana RM500 dalam tempoh 3 bulan
  • JITU – Program Jaringan Inisiatif Umum sebanyak RM20 juta disalurkan
  • Pembiayaan perniagaan MARA dibenarkan memohon tangguhan pinjaman
  • Diskaun 30% sewaan diberi kepada premis perniagaan MARA
  • Had siling pembiayaan skim SJPP ditingkatkan kepada RM36.5 bilion
  • BNM tambah dana RM2 bilion kepada usahawan PKS
  • Pembiayaan Mikrokredit – dana tambahan RM1.1 bilion dilakukan
  • Program Intervensi Pemulihanekonomi Koperasi – Peruntukan RM20 juta disalurkan
  • Agensi Perlancongan terma RM3,000 one-off dan pengecualian cukai diberikan
  • Ahli KWSP perkenal kemudahan baharu i-CITRA dengan pengeluaran RM5,000 mulai 15 Julai kelak
  • Moratorium bersasar – PTPN (3 bulan), JPA (6 bulan ), MARA (3 bulan) dan PTPK (3 bulan)
  • Moratorium 6 bulan kini diberikan kepada semua rakyat Malaysia

Seterusnya, fokus ketiga memberi tumpuan kepada kadar vaksinasi negara. Beberapa inisiatif dilaksanakan:

  • Penambahbaikan bekalan vaksin -peruntukan RM400 juta dilakukan
  • Elaun Petugas PPV diberi RM600 selama 6 bulan
  • Elaun petugas PPV sukarelawan RM100 sehari
  • PIKAS terima dana RM150 juta
  • Subsidi RM30 kepada golongan rentan untuk tanggungan kos tambang pengangkutan mereka

Untuk makluman umum, ini adalah jumlah dana berikutan peruntukan pakej sebelum ini:

  • Prihatin – RM230 bilion (27 Mac 2020)
  • PrihatinPKS+ – RM10 bilion (5 April 2020)
  • Penjana – RM35 bilion (5 Jun 2020)
  • KitaPrihatin – RM10 bilion (23 September 2020)
  • Permai – RM16 bilion (18 Januari 2021)
  • Pemerkasa – RM20 bilion (17 Mac 2021)
  • PEMERKASA+ – RM40 bilion (31 Mei 2021)