Artikel

Sektor Perkhidmatan, Pembuatan Berdepan Risiko Kerugian RM250 Juta Sehari – Laporan

Penangguhan beberapa sektor ekonomi rentetan peningkatan kes COVID-19, telah meningkatkan kadar kerugian pertumbuhan negara. Situasi ini sememangnya akan memberi kesan yang mendalam kepada pengendali perusahaan kecil, khususnya pada sektor berkaitan perkhidmatan dan pembuatan.

Berdasarkan laporan TMR РThe Malaysian Reserve, Timbalan Pengerusi Persatuan PKS РChin Chee Seong menyatakan penutupan operasi kedua-dua sektor ini akan membawa kepada risiko kerugian  sekitar RM250 juta sehari.

Seharusnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) meningkatkan pelaksanaan SOP pada sektor ekonomi yang dibuka. Tindakan sedemikian akan mengurangkan penularan jangkitan kalangan pekerja yang berisiko tinggi. Malah, kapasiti 60% penglibatan pekerja juga, harus diteliti semula bagi menjamin penglibatan pekerja setimpal dengan pelaksanaan PKP ketika ini.

Ini kerana meskipun tenaga kerja meliputi kilang menepati, namun kapasiti pengurusan yang terhad telah menimbulkan ketidakseimbangan dalam pemantauan operasi.

Maka, penelitian sedemikian akan membawa kepada penurunan penularan dan ini akan membuka ruang kepada sektor lain untuk kembali beroperasi. Bahkan langkah itu turut akan menyelamatkan 300,000 perniagaan yang dijangka akan ditutup, sekiranya lanjutan PKP berterusan.