Artikel

AirAsia Beauty Kini Umum Penawaran Khidmat Penghantaran – Di Seluruh Semenanjung

Sejak April lalu, di bawah Super App – AirAsia kini telah melebarkan daya pemasaran mereka ke arah produk kecantikan di Malaysia dan Indonesia. Hari ini (28 Jun) pihaknya memaklumkan khidmat penghantaran kini boleh didapati diseluruh semenanjung Malaysia.

Pengendalian khidmat penghantaran di bawah Teleport ini, bertujuan memenuhi permintaan para pelanggan, di mana galakkan ketika penghabisan stok ketik Jualan 6.6 – nyata memberi tindak balas yang positif dari pengguna. Malah, AirAsia turut memberi jaminan, khidmat tersebut turut akan diperluaskan kepada Sabah dan Sarawak tidak lama lagi.

Menerusi tawaran khidmat ini, AirAsia telah tampil dengan diskaun sehingga 90% kepada pengguna bagi setiap pembelian RM50 ke atas dan penghantaran percuma sehingga 4 Julai kelak.

Penglibatan AirAsia Beauty ini nyata akan merancakkan lagi arena e-dagang negara dan sekaligus memberi kesan positif pada pertumbuhan Malaysia. Untuk maklumat lanjut, para pengguna boleh layari pautan www.airasia.com/beauty bagi perincian seterusnya.