Artikel

TNB Beri Rebat 2 Sen/kWj Kepada Pengguna Mulai 1 Julai Ini – Atasi Bebanan Bil Elektrik

Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini mengumumkan pemberian rebat sebanyak 2 sen/kWj kepada semua pemilik akaun TNB yang dianggarkan sekitar 9.44 juta pengguna, di bawah peruntukan RM493 juta Kumpulan Wang Industri Elektrik bagi tempoh 1 Julai hingga 30 Disember 2021.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli – Datuk Shamsul Anuar Nasarah, pemberian rebat ini membolehkan semua pemilik akaun TNB menikmati purata diskaun sebanyak 5% bagi tempoh tersebut. Manakala bagi pengguna Kulim Hi-Tech Park yang peroleh bekalan elektrik dari NUR Power Sdn Bhd, kerajaan turut  bersetuju pemberian rebat 2 sen/kWj kepada pengguna bukan domestik untuk tempoh yang sama.

Untuk makluman ini adalah tindakan pemberian rebat ini meliputi kedudukan semasa, di mana penurunan harga bahan api seperti gas, bekalan pukal TNB pada separuh pertama 2021. Selain itu, penjimatan daripada pelarasan kos sebenar bahan api bagi tempoh Julai-Disember turut menjadi faktor.

Tidak hanya itu, kerajaan juga turut bersetuju memberikan diskaun elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik bagi tempoh Julai-September 2021 di seluruh negara. Bagaimanapun perincian berhubuh diskaun terbabit akan dimaklumkan oleh Perdana Menteri Mahiaddin Yasin, dalam tempoh terdekat.