Artikel

Premis Makanan, Restoran Kini Dibenarkan Beroperasi Sehingga 10 Malam Mulai 28 Jun – MKN

Salah satu permintaan orang ramai ketika PKP ini, adalah lanjutan masa operasi kedai makan. Sebelum ini, kedai makan hanya dibenarkan beroperasi dari 8 pagi sehingga 8 malam ketika tempoh PKP.

Perkara ini dilihat menyukarkan orang ramai dalam mendapatkan makanan sebelum ke pejabat, atau pun selepas balik kerja.

Mengambil-kira pandangan orang ramai, Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini memaklumkan operasi bagi premis makanan dan restoran, dibenarkan dibuka pada jam 6 pagi sehingga 10 malam. Penguatkuasaan kebenaran ini dilaksanakan mulai 28 Jun 2021 (esok).

Kebenaran ini meliputi kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (foodtruck), penjaja, medan selera dan kiosk makanan. SOP adalah seperti sedia ada ketika PKP 3.0, dimana hanya khidmat bungkus makanan disediakan, dan tidak boleh makan di kedai.

Penilaian ini menepati pandangan orang awam berhubung perolehan keperluan bekalan makanan mereka.