Artikel

MOF Selar Spekulasi Jualan Hartanah Lapangan Terbang Subang – Tiada Perancangan Ke Arah Itu

Susulan spekulasi yang timbul, Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan – buat masa ini tiada perancangan penjualan hartanah mana-mana hartanah lapangan terbang di Malaysia akan dilakukan.

Ini termasuklah isu membabitkan jualan hartanah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz atau dikenali Lapangan Terbang Subang yang digemburkan.

Menurut MOF, hartanah lapangan terbang dianggap sebagai aset strategik kerajaan – ini membawa erti Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) masih memiliki pajakan sejak 2009 selama 60 tahun iaitu sehingga tahun 2067 terhadap LTSAAS.

Maka, sebarang tindakan dalam memperluaskan nilai aset lapangan terbang, tidak akan membabitkan sebaran jualan hartanah, oleh itu – spekulasi yang timbul adalah tidak benar.

Malah kenyataan itu turut disokong oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bahawa setakat ini tiada sebarang keputusan dilakukan oleh kabinet untuk meluluskan mana-mana penjualan LTSAAS.