Artikel

Siemens, BioNTech – Atur Kerjasama Perluaskan Kapasiti Pengeluaran Vaksin

Permintaan vaksin nyata membuka ruang yang lebih tinggi pada pembangunan sektor ini. Siemens bersama entiti bioteknologi Jerman – BioNTech kini memaklumkan, mengatur kerjasama bagi kapasiti pengeluaran vaksin di seluruh dunia.

Untuk makluman BioNTech adalah syarikat bersama Pfizer yang menampilkan vaksin baharu mRNA pada pasaran ketika ini.

Usahasama ini akan memperlihatkan BioNTech mewujudkan pusat pengeluaran bagi penghasilan vaksin dengan kemudahan di Singapura. Segala pembangunan ini akan didasari teknologi dan kilang yang terdapat di Marbug, Jerman.

Sementara peranan Siemens pula akan membekalkan kepakaran digitalisasi dan bahagian automasi meliputi perisian dan kawalan proses pusat pengeluaran vaksin.

Adanya perluasan kerjasama ini akan mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi dan sekaligus mempercepatkan kadar vaksinasi.