Dinamik arena kewangan dunia kini tidak lagi hanya tertumpu kepada satu penyelesaian – ia memperlukan kepelbagaian tawaran daripada penyedia kewangan. Bagi mengukuhkan penglibatan Visa pada arena digitalisasi kewangan, pihaknya kini merancang mengambilalih entiti kewangan digital milik Sweden, Tink dengan nilai 1.8 bilion euro (AS$2.2 bilion).
Menurut laporan Reuters, kesepakatan ini dicapai, setelah perancangan peralihan Visa bersama Plaid digagalkan oleh pengawalselia Amerika Syarikat (AS), atas alasan anti-monopoli.
Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian – situasi yang sama akan berlaku ke atas perancangannya bersama Tink.
Namun sekiranya percaturan peralihan ini berjaya di atasi, ini akan memberi galakkan kepada Sweden untuk terus menghasilkan startup fintech yang berpotensi.
Untuk makluman, perjanjian bersama Tink adalah tertakluk kepada kelulusan peraturan dan syarat umum, di mana pihak Visa akan membiayai menerusi transaksi wang tunai dan tidak akan mempengaruhi program pembelian-balik saham syarikat atau dasar dividen.
Visa turut memaklumkan – Tink akan mengekalkan pasukan penjenamaan dan pengurusannya setelah perjanjian itu. Sementara itu, operasi ibu pejabat syarikatpula akan terus kekal di Stockholm.