Artikel

Kluster Tempat Kerja Terus Papar Peningkatan – Pengesanan 20 Kluster Baharu Setakat 24 Jun

Setelah beberapa ketika negara melanjutkan tempoh PKP Fasa Pertama, negara masih lagi berdepan dengan peningkatan kes harian di paras 5,841 setakat data semalam (24 Jun).

Malah pengesanan 30 kluster baharu dan 20 kluster daripadanya adalah kluster tempat kerja.

Berdasarkan perincian data yang dikongsikan – lebih 300 kes positif baharu yang dikesan menerusi kluster tempat kerja. Ini secara tidak langsung memaparkan kadar pematuhan SOP masih lagi rendah dalam kalangan pengurusan operasi.

Sementara itu, kluster komuniti pula merekod 9 kluster baharu dan 1 kluster membabitkan kumpulan berisiko tinggi.

Melihat pada paparan data, pembabitan kluster baharu mengikut negeri menunjukkan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kedah dan Johor pendorong kepada peningkatan kluster.