Artikel

Boost Kini Tingkatkan Ciri Perlindungan Diri – Menerusi Bantuan Dana Vaksin COVID-19

Pelbagai inisiatif kini telah dilampirkan penyedia kewangan untuk membantu masyarakat negara, dalam menangani wabak COVID-19. Boost – penyedia dompet digital negara juga tidak ketinggalan dalam menawarkan pelbagai ciri insentif perlindungan diri.

Hari ini (25 Jun) Boost memaklumkan terdapat 3 pengenalan ciri insurans, takaful mikro dipaparkan pada aplikasi di bawah Boost Protect – iaitu MozzieProtect, FamilyProtect dan Critical Illness Care.

Menerusi penglibatan kerjasama Great Eastern, ciri ini akan membantu orang awam mendepani risiko krisis kesihatan semasa. Malah apa yang menarik, ciri sedemikian turut disertakan Bantuan Dana Vaksin COVID-19, dengan peruntukan RM200 setiap hari bagi tempoh 7 hari – untuk mana-mana pihak yang mengalami kesan sampingan setelah suntikan vaksin (AEFI).

Malah, peruntukan sehingga RM10,000 juga dalam masa 30 hari akan disalurkan sekiranya terdapat kematian berkaitan kesan sampingan suntikan vaksin tersebut.

Menurut Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Boost – sejak Ogos lalu hingga Mei 2021, Boost telah menyaksikan peningkatan lebih dari 23 kali dalam penggunaan rancangan liputan Boost Protect. Tiga rancangan teratas yang paling popular adalah BillProtect, GeneralProtect dan ProtectActive.

Ini menandakan kepentingan penglibatan orang awam pada perlindungan diri ini wajar dilakukan untuk persediaan masa hadapan.

Maka bagi merancakkan penyertaan ini – sebarang langganan di bawah BillProtect, CardProtect , HospiCash, Protect Super6, ProtectActive dan SME OwnerProtect, pengguna akan menerima pulangan tunai 100% untuk pembayaran premium sumbangan bulan pertama dan menerima pulangan tunai Lazada RM4.