Artikel

Sekitar 105,869 Surat Kebenaran Operasi, Berkaitan Sektor Pertanian Dikeluarkan – Jamin Rantaian Bekalan

Tidak seperti sektor yang lain, sektor bahagian pertanian, penternakan, industri makanan dan perikanan akan kekal dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Satu ini.

Menurut Dr Ronald Kiandee – Menteri Pertanian dan Industri Makanan, sehingga kini sekitar 105,869 surat kebenaran berkaitan sektor telah dikeluarkan. Tindakan itu untuk menjamin kelangsungan bekalan makanan negara.

Oleh itu, pengendali dan pemasaran berkaitan sektor pertanian tidak perlu khuatir akan sekatan tambahan yang dilaksanakan. Setakat ini, segala kegiatan operasi kekal berteraskan pematuhan SOP yang ketat.

Pada masa yang sama, rangkaian makanan yang dilihat kekal kukuh ketika ini adalah eksport sarang burung walet.

Apabila sehingga April jumlah eksport adalah dengan nilai RM714 juta dengan agihan 962 tan metrik. Ini secara tidak langsung mengukuhkan bahagian eksport komoditi ketika pandemik.