Ternyata permintaan pembelian produk Panadol memaparkan peningkatan sejak agihan vaksinasi AstraZeneca pada pusingan pertama, 6 Mei lalu dilaksanakan.
Menurut tinjauan iPrice – Pada Pemacuan Permintaan Perlindungan Diri 2021 peningkatan suku pertama ini menunjukkan, kehadiran pandemik telah mengubah tingkah laku rakyat negara untuk bertindak dengan lebih berhati-hati pada persekitaran yang terdedah dengan pandemik.
Khususnya dari segi penyediaan keperluan kesihatan.
Selain Panadol, item kesihatan lain yang turut memaparkan peningkatan tinggi. Berdasarkan data carian Google – permintaan pelitup muka KN95, N95 dan sarung tanganĀ getah telah menunjukkan lonjakan 223%.
Sementara itu dapatan turut dapati, peningkatan pelitup muka juga turut didorong hasil pencarian mendadak 50% disebabkan penampilan pemakaian pelitup muka yang tidak tepat dari bekas Pengerusi Prasarana, beliau telah dikenakan kompaun dan lonjakan juga berlaku atas saranan Ketua Pengarah Kesihatan – Tan Sri Dr Noor Hisham berhubung pemakaian dua pelitup muka.
Melihat situasi ini, nyata permintaan perlindungan diri dan kesihatan akan terus menjadi pilihan rakyat negara, meskipun setelah tamatnya pandemik COVID-19.
Ini kerana pendedahan sedemikian memberi gambaran kepada orang awam, akan betapa pentingnya penjagaan diri melalui peralatan kesihatan. Ia tidak sekadar membantu perlindungan diri namun turut memberi kesan yang besar kepada persekitaran sekeliling.