Artikel

Sekitar 10,000 Penyertaan Peniagaan Dicatatkan – Pada Platform Maybank Sama-Sama Lokal

Selain bantuan tunai, penyediaan platform atas talian kepada para peniaga juga – dilihat antara insentif yang baik untuk membantu sektor ekonomi kecil negara kekal beroperasi.

Sejak tahun lalu, Maybank dibawah ciri Sama-Sama Lokal telah mengambil peranan itu untuk membantu warga perniagaan mencari penyelesaian di kala tempoh sekatan pandemik ini.

Penyediaan platform 0% komisen itu ternyata memberi kelebihan kepada peniaga untuk tidak dikenakan sebarang caj perniagaan, termasuklah bahagian penghantaran. Ini bermakna peniaga dapat menyimpan 100% dari pendapatan mereka.

Malah pendedahan awal penggunaan platform akan diberi kepada para peniaga turut khususnya pada penglibatan pertama kali. Selain itu, peniaga juga dapat memanfaatkan kalendar kempen promosi platform, sepanjang musim perayaan dan musim penjualan untuk meningkatkan kadar jualan mereka.

Setakat ini terdapat 10,000 peniaga di Sama-sama Lokal dan 13,000 penghantar disokong telah dicatatkan.  peningkatkan jualan telah mencecah lebih 27% berbanding tahun lalu.

Meneliti penawaran ini, orang ramai boleh menyokong penyertaan perniaga dengan melayari aplikasi Maybank2U dan klik pada segmen Sama-Sama Lokal untuk pembelian lanjut pada 24 kategori perniagaan dipromosikan. Lebih menarik sehingga 30 Jun, para pengguna boleh menikmati potongan diskaun RM8 dan diskaun RM10 untuk penghantaran dengan kod promo JAGALOKAL.