Artikel

Malaysia, UK – Laksana Perkongsian Membangunkan Bandar Pintar

Malaysia dan United Kingdom (UK) bersama-sama melancarkan ‘Buku Panduan Bandar Pintar: Malaysia’ bagi mempromosikan perkongsian dalam pembangunan bandar pintar antara kedua-dua negara.

Untuk makluman kerangka bandar pintar ini telah mula dilancarkan sejak September 2019 lagi, dan setakat ini bandar-bandar di Kuala Lumpur, Johor, Putrajaya, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu telah memulakan pelbagai inisiatif bandar pintar.

Tidak hanya UK, inisiatif tersebut turut meliputi kerjasama organisasi antarabangsa lain seperti The United Nations Human Settlements Program (UN-Habitat).

Menerusi kerangka perkongsian ini, ia memperlihatkan landskap bandar pintar di seluruh Malaysia dan contoh projek kepakaran yang dimiliki UK.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan , tindakan selanjutnya akan bekerjasama dengan semua pihak berkuasa tempatan yang relevan dan meneliti peluang pelaburan strategik untuk membantu membiayai kerangka bandar pintar ini.

Seperti yang umum ketahui, Malaysia memiliki kelebihan dan pengalaman berhubung pembangunan teknologi digital dan inovasi. Perkongsian dan kerjasama ini mampu menghasilkan impak yang baik kepada peluang baharu negara seperti peluang pekerjaan dan peningkatan ekosistem.