Artikel

Kempen Raya E-Bazar, Pacu Pertumbuhan Ekonomi Selangor – Jana Perolehan RM1 Bilion

Antara alternatif yang dibangunkan Selangor sejak tahun lalu, untuk membantu warga perniagaan adalah menerusi pengenalan E-Bazar Selangor.

Pelbagai edisi kempen perayaan e-bazar telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Invest Selangor, SIDEC berserta platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada. Kini menerusi kempen raya pada Mei lalu, platform telah berjaya perolehi jana pendapatan RM1 bilion.

Hasil ini memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi Selangor dan pemain perniagaannya. Ia membantu warga PKS menjana pendapatan disamping meraikan sambutan perayaan secara sederhana.

Menerusi kempen ini, Selangor telah berjaya memberi manfaat keuntungan kepada 134,025 peniaga di atas talian. Ini adalah 76% lebih tinggi daripada sasaran awal. Hasil terbaru juga menunjukkan peningkatan penjualan langsung 163% dan peningkatan 139% kesan terhadap ekonomi Selangor berbanding sasaran awal yang ditetapkan.

Secara keseluruhannya, sekitar RM7 juta pelaburan kerajaan negeri dilakukan pada inisiatif beberapa kempen ini dan ia menghasilkan kesan yang positif pada ekonomi negeri dalam lingkungan RM2.95 bilion.