Artikel

Institusi Kewangan Perlu Pelbagaikan Kaedah Penyelesaian Pembiayaan, Atasi Cabaran Semasa – BNM

Ketidaktentuan ekonomi global ketika ini memerlukan pelbagai inisiatif dari institusi perbankan negara, ini termasuklah kaedah dalam membangunkan penyelesaian baharu dan inovatif.

Sekiranya hanya bergantung kepada instrumen tradisional – ini akan memperlahankan tindakan selanjutnya dalam memenuhi keperluan pembiayaan berkaitan, seperti perniagaaan dan individu.

Menurut Gabenor BNM – Bank Negara Malaysia Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus pada sidang Finance For Change bersama Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim hari ini semua pihak perlu memainakan pendekatan baharu. Misalnya mencetuskan tawaran gabungan pembiayaan untuk menangani cabaran semasa.

Adanya gabungan embiayaan konsensi dan komersial dapat membantu mengurangkan risiko bebanan hutang di masa hadapan.

Selain itu, tumpuan dalam membiayai sektor berkarbon rendah juga harus dipertingkatkan – langkah ini membantu memperkasakan ekonomi hijau Malaysia. Inisiatif tersebut dapat diperlihat menerusi peluang projek di bawah Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA), dan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC).