Artikel

Menjelang Aidiladha – IKHLAS Tawar Khidmat Penghantaran Daging Ibadah Korban

Selari dengan kehadiran sambutan Aidiladha tidak lama lagi pada bulan hadapan, platform IKHLAS di bawah kerjasama AirAsia kini menawarkan perkhidmatan penghantaran daging ibadah korban ke rumah pelanggan.

Langkah ini dilihat berpatutan dengan tindakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. Tempahan bagi segmen ini boleh dilakukan bermula hari ini (23 Jun) sehingga 20 Julai 2021.

Untuk makluman, perkhidmatan ibadah korban ini meliputi perkongsian makanan bersama keluarga dan golongan asnaf yang memerlukan.

Menurut AirAsia, segalan pengurusan proses korban adalah berpetutan dengan kelulusan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi pelaksanaan penyembelihan.

Menerusi penawaran ini ia secara langsung memberi peluang kepada orang awam untuk terus melaksanakan ibadah tersebut dengan cara yang lebih mudah dan disamping itu masih dapat melindungi diri dari persekitaran awam.

Berdasarkan penawaran, terdapat beberapa pakej yang ditawarkan. Mernagkumi pakej korban asnaf – di mana satu bahagian lebu berharga RM750 dan pakej korban biasa pula untuk satu bahagian lembu RM780.

Bagi pakej 7 bahagian iaitu meliputi seekor lembu, orang awam yang berminat boleh merujuk pada laman rasmi IKHLAS – QURBAN.