Walaupun industri automotif menerima lanjutan pengecualian cukai jualan, namun jangkaan jualan kenderaan dijangka terus merundum sehingga 25% bagi suku kedua 2021.
Jangkaan firma penyelidikan CGS-CIMB ini meliputi pelaksanaan PKP negara ketika ini yang telah mendorong kepada penangguhan operasi dan pengurangan cip.
Untuk makluman, jualan bagi Mei telah memaparkan kemerosotan 19% kepada 46,663 unit berbanding April dengan jualan 57,912 unit.
Kemerosotan ini merangkumi penurunan kenderaan jenis penumpang -20% dan kenderaan komersial -12%.
Bagaimanapun, Kenanga Research menjangkakan penangguhan operasi industri masih dapat mengimbangi permintaan dengn jumlah bekalan mencukupi bagi model baharu.
Setakat ini, jumlah sasaran keseluruhan (TIV) bagi pengamatan Kenanga disasarkan sekitar 545,000 unit.