Artikel

Pengeluaran KWSP i-Lestari, i-Sinar Tidak Membantu Kelangsungan Golongan Miskin – Laporan

Terdapat pihak beranggapan, menerusi kebenaran pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat memberi kelegaan kepada golongan miskin.

Ternyata perspektif ini tidak benar.

Ini kerana pengeluaran dana i-Lestari dan i-Sinar adalah dana caruman milik para pekerja swasta dan ia tidak diklasifikasikan sebagai bantuan kerajaan.

Dr Muhammed Abdul Khalid pada sesi temubual Ekonomi Rakyat menyatakan meskipun negara memiliki sekitar 15 juta pekerja di Malaysia. Hanya lingkungan 5 juta pekerja sahaja yang melakukan caruman secara konsisten setiap bulan

Itu bermakna, segelintir kumpulan B40 dan rentan – tidak memiliki sebarang manfaat bagi pengeluaran dana ini untuk kelangsungan kehidupan mereka.

Data Laporan FOTE – Families On The Edge turut memaparkan isi rumah di flat kos rendah Kuala Lumpur – tidak memiliki simpanan berikutan krisis semasa, tidak dilindungi dengan pengasingan caruman serta mengalami penurunan simpanan sehingga 35% untukmememenuhi tanggungan semasa.

Maka bagi menampung pengurangan pendapatan dan meneruskan kelangsungan dana – kumpulan terjejas ini telah mengambil langkah lain seperti melakukan tugasan tambahan, menangguhkan bayaran sewa, mengurangkan pengambilan makanan dan mengharapkan bantuan tunai dari kerajaan.

Melihat pada situasi ini – bantuan tunai secara berkala wajar dilaksanakan untuk membantu kelompok inidividu:

  • Orang Kelainan Upaya
  • Ibu Tunggal
  • Warga Emas
  • Pelajar Sekolah/Institusi

Tindakan bantuan tunai secara one-off tidak membantu rakyat negara untuk jangka masa panjang. Penyaluran dana secara beransuran setiap bulan harus dipertimbangkan. Penetapan itu perlu disesuaikan mengikut tempoh PKP yang dilaksanakan kerajaan persekutuan.

Secara tidak langsung ia membantu meningkatkan aliran perbelanjaan dan pertumbuhan sektor ekonomi negara.