Setelah dinilai jawatankuasa Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) – pihaknya kini memaklumkan 5 buah feri Pulau Pinang akan mengalami perubahan peranan kepada feri pelancongan, muzium dan restoran terapung.
Pengubahsuaian itu akan diselenggara oleh syarikat yang berkelayakan bagi tempoh 10 tahun.
Usaha ini adalah untuk membantu sektor perlancongan negeri Pulau Pinang dalam mendepani krisis pandemik yang sedang menghimpit negara ketika ini.
Setakat ini, senarai syarikat yang berkelayakan tidak dimaklumkan. Penyerahan tugasan itu akan dilaksanakan mulai 1 Julai kelak.