Artikel

Had Maksimum Transaksi Bayaran Pendapatan Cukai Melalui FPX Kini Dinaikkan – LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) kini memaklumkan had maksimum bagi transaksi bayaran cukai pendapatan melalui FPX – Financial Process Exchange kini dinaikkan mulai 20 Jun.

Kenaikan had maksimum ini merangkumi;

  • B2B – peniagaan ke perniagaan dinaikkan daripada RM1 juta kepada RM100 juta
  • B2C – perniagaan ke pengguna dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM500,000

Akses lanjutan makluman ini boleh dirujuk pada pautan protal rasmi LHDN www.hasil.gov.my dan agensi disetiap perbankan lantikan LHDN.

LHDN turut memberi peringatan segala pembaharuan had maksimum pembayaran cukai haruslah dirujuk dahulu pada pada kelulusan had transaksi perbankan masing-masing. Langkah ini untuk menjamin kelangsungan transaksi berjalan lancar.