Artikel

Kelonggaran Meliputi Perjalanan Rentas Negeri Sedang Diteliti, Kepada Penerima Suntikan Vaksin Lengkap – JKJAV

Setakat ini hampir 10% populasi Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19. Melihat momentum agihan vaksinasi yang baik ini – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) kini sedang meneliti beberapa kelonggaran kepada penerima vaksin lengkap.

Antaranya adalah kebenaran perjalanan rentas negeri.

Menurut Khariy Jamaluddin Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pertimbangan ini selaras dengan penilaian di bawah Pelan Pemulihan Negara.

Untuk makluman, kumpulan individu yang telah melengkapkansuntikan vaksin mereka ini akan diketahui menerusi aplikasi MySejahtera. Di mana pada aplikasi sekiranya individu telah melengkapkan suntikan mereka, akan menerima profil berwarna kuning. Ia mampu berperanan selaku pasport vaksin kelak.

Bagaimanapun, pertimbangan ini akan didasari pada aspek klinikal dan data dari negara lain. Untuk memastikan kelonggaran yang diberi bersesuaian dengan situasi semasa.

Penelitian itu akan diperincikan dari semasa ke semasa sebelum dibawa kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi pengumuman selanjutnya kelak.