Artikel

Nilai Pertumbuhan Pembayaran Digital Terus Meningkat – Setakat April 2021 Cecah RM23 Bilion

Pembayaran digital atau secara nirtunai (tanpa tunai) ini nyata semakin meningkat dalam kalangan masyarakat negara. Pelbagai insiatif pendedahan diberi kepada orang awam berhubung penggunaannya menerusi telefon pintar.

Menurut firma penyelidikan Maybank IB – pengumpulan dana modal teroka (VC) telah membantu pertumbuhan menjadi lebih efektif. Di mana sumbangan dana pada penyertaan pemain teknologi telah dicetuskan agensi kerajaan dan syarikat pelaburan 44%, dana kekayaan berdaulat (SWF) 33% dan pelaburan korporat 20%.

Nilai dan jumlah pembayaran digital Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan yang stabil, dengan statistik terkini sehingga April 2021 dari Bank Negara masing-masing berjumlah RM23 bilion dan 302 juta.

Peningkatan itu juga telah didorong oleh penglibatan aktif dompet digital seperti Grab, Boost, Touch ‘n Go.

Ini termasuk sasaran pelesenan bank digital dan mempercepat inisiatif di
pembayaran digital, yang telah menyaksikan peningkatan penggunaan serta penerimaan yang ketara sepanjang tahun lalu.

Malah persaingan arena turut dirancakkan oleh platform e-dagang  dalam mempromosikan penggunaan pembayaran digital sebagai langkah mudah kepada pengguna untuk memenuhi keperluan mereka.

Apa yang menarik peningkatan nilai pertumbuhan pembayaran digital ini tidak meliputi sumbangan industri pelancongan, disasarkan setelah pembukaan rentas perjalanan kelak – ia akan meningkatkan lagi prestasi pertumbuhan negara.