Artikel

TNB, DHL – Atur Kerjasama Bangunkan Kerangka Lestari Bagi Fasiliti Tenaga Kenderaan Elektrik

Sokongan membabitkan pembangunan yang lebih mesra alam harus dipertingkatkan untuk memberi jaminan kepada ekosistem alam sekitar negara. Menyedari keperluan itu, TNB – Tenaga Nasional Bhd bersama DHL Express kini telah mengatur langkah bersama dalam membangunkan rantaian bekalan lebih lestari.

Kesepakatan memorandum persefahaman (MoU) ini merangkumi tumpuan mereka kepada perkhidmatan penghantaran DHL dengan menggunakan van kenderaan elektrik (EV).

Tidak hanya itu, perkongsian kerjasama ini turut akan memanfaatkan kepakaran TNB dalam faktor pengauditan tenaga. Malah pada pengaturan usahasama ini, TNB turut berhasrat menyediakan stesen pengecas EV di laluan penghantaran DHL.

Langkah ini akan membantu pengurangan kos dari aspek peralatan cekap tenaga, pengurusan dan mendorong kepada pelepasan karbon sifar.

Adanya kerjasama ini mampu mencapai matlamat DHL berhubung pelepasan gas rumah hijau sifar menjelang 2050.