Artikel

Sejumlah RM2.9 Juta Nilai Kompaun Telah Dikeluarkan, Ketika Pemantauan Premis – KPDNHEP

Walaupun negara telah melalui fasa pandemik sejak tahun lalu, namun kadar pematuhan prosedur amalan standard (SOP) dalam kalangan premis perniagaan masih lagi rendah.

Data pemantauan dari Mei 2020 sehingga 19 Jun 2021 telah menunjukkan jumlah nilai kompaun yang dikenakan kini cecah RM2.9 juta.

Pemerhatian data ini merangkumi hasi pemantauan operasi di lebih 640,000 premis di seluruh negara.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) antara kesalahan yang didapati berlaku adalah;

  • Kegagalan mengimbas kos QR MySejahtera
  • Tiada penjarakan fizikal
  • Tiada rekod kemasukan pada buku log
  • Melaksanakan aktiviti yang tidak dibenarkan
  • Kegagalan laksana had maksimum kemasukan pelanggan
  • Tidak memakai pelitup muka
  • Tidak patuhi waktu operasi