Artikel

KPM Umum Pengambilan Khas Guru Secara One-Off Seramai 18,702 – Atasi Kekurangan Pendidik

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini mengumumkan Pengambilan Khas Guru Secara One-Off akan dilakukan negara, untuk mengatasi isu kekurangan pendidik. Seramai 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan Gred DG41 disasarkan untuk pengambilan khas ini.

Menerusi pengambilan baharu ini KPM akan berkerjasama dengan JPA dan SPP, permohonan akan dibuka mulai 7 Julai 2021 dan penempatan guru tersebut akan dilakukan mulai Oktober 2021.

Lebih menarik, pembukaan permohonan ini tidak hanya terbuka kepada graduan pendidikan, namum turut terbuka kepada graduan bukan-pendidikan.

Untuk makluman, kekurangan guru ini nyata telah menjadi permasalahan negara sejak tahun 2016 lagi – berikutan pengurangan pengambilan IPG sebelum ini. Malah segmen pengambilan ini bertujuan untuk mengatasi kekurangan dari aspek pengkhususan subjek yang kritikal mengikut keperluan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Usaha ini untuk menutup jurang yang sedia ada dalam kalangan pendidik – tindakan ini sekaligus membantu para pelajar. Penutupan jurang ini juga merangkumi penempatan guru akan berasaskan kepada keperluan setempat.

Antara negeri yang negeri yang mengalami kekurangan pendidik, setakat ini adalah:

  • Sarawak
  • Sabah
  • Johor
  • Selangor

Pengambilan Khas Guru Secara One-Off KPM