Artikel

Calon SPM, STPM Bakal Terima Suntikan Vaksin Menjelang Akhir Julai Ini – MOSTI

Pelajar antara kelompok individu yang diperlihatkan memiliki pendedahan yang tinggi pada persekitaran setelah pembukaan persekolahan kelak. Maka, bagi peringkat awal, calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dimaklumkan akan diberi suntikan vaksin.

Pemberian vaksin ini dijangka akan dilaksanakan pada akhir Julai 2021.

Khairy Jamaluddin – Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan kenyataan tersebut pada sidang media mesyuarat Tindakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) hari ini.

Jelasnya, setelah 3 minggu – calon SPM dan STPM akan menerima suntikan dos kedua.

Berdasarkan kenyataan suntikan dos yang akan diberi adalah vaksin Pfizer-BioNTech.