Artikel

KWSP Laksana e-Payroll – Bantu Majikan Urus Rekod Gaji Secara Digital

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini melancarkan segmen e-Payroll selaku ciri penambahbaikan i-Akaun (Majikan) dalam membantu menguruskan dan menyimpan rekod gaji secara digital.

Langkah ini dilihat turut memudahkan proses pembayaran caruman KWSP.

Menerusi pengenalan e-Payroll, ia berperanan:

  • Mengemaskini gaji pekerja
  • Menjana slip gaji pekerja
  • Hasilkan data fail berkanun (elektronik) untuk agensi LHDN, PERKESO
  • Hasilkan fail bank terpilih (elektronik) untuk membayar pembayaran gaji pekerja melalui bank
  • Hasilkan Borang Cukai Pendapatan Tahunan LHDNM
  • Melakukan potongan gaji kepada pihak ketiga seperti Tabung Haji, PTPTN dan Zakat

Berdasarkan kenyataan KWSP, sasaran e-Payroll adalah kepada perusahaan kecil sederhana (PKS) yang tidak memiliki sebarang sistem penggajian dan rekod ini akan disimpan selama 7 tahun. Penyertaan ini boleh diakses menerusi i-Akaun (Majikan) hanya menerusi komputer dan tablet sahaja.

Buat masa ini ia tidak tersedia dalam bentuk aplikasi.

Untuk makluman penggunaan e-Payroll boleh dilaksanakan mulai pertengahan Julai 2021 ini, namun para majikan disarankan memperoseskan semula data gaji bulanan pada Januari sehingga data semasa. Tindakan itu untuk memudahkan pengiraan cukai pendapatan kelak.

Bagi pencarum majikan yang ingin mengetahui maklumat lanjut, boleh layari pautan KWSP e-PAYROLL atau hubungi 03-89226000.