Artikel

Mulai Hari Ini – Majikan Perkilangan Yang Ingkar SOP, Akan Dikenakan Kompaun Tanpa Notis Amaran

Meskipun negara kini berada di bawah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun angka kes kluster tempat kerja masih tidak menunjukkan penurunan.

Setakat 14 Jun, sekitar 1,328 kluster tempat kerja telah direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Melihat pada aliran data ini, ia membimbangkan sistem kesihatan negara dalam menurunkan semula penularan, khususnya dalam kalangan pekerja sektor ekonomi berkepentingan.

Maka, Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini memaklumkan tiada lagi pemberitahuan notis amaran akan diberikan kepada sektor perkilangan. Untuk makluman, sektor perkilangan antara yang menyumbang kepada kewujudan kluster tempat kerja.

Tindakan majikan yang masih gagal mematuhi SOP akan mengakibatkan sasaran negara menurunkan angka penularan kes positif COVID-19.

Maka, mulai hari ini (18 Jun) tiada lagi notis amaran akan diberikan kepada pengusaha dan majikan sektor perkilangan, pihak ini akan terus berdepan dengan pengenaan kompaun.

Menerusi langkah drastik ini, diharap semua pengendali sektor ekonomi berkepentingan melaksanakan tanggunjawab mereka – mematuhi SOP dan penglibatan kapasiti pekerja mengikut had yang ditetapkan.