Artikel

Kerajaan Sedia Beri Bantuan Tambahan, Dalam Tempoh Terdekat – MOF

Pelan Pemulihan Negara sebelum ini telah mengariskan 4 Fasa sekatan terhadap sektor ekonomi dan aktiviti rakyat negara. Menyedari kenyataan itu, kerajaan kini memaklumkan pertambahan dana bantuan sedia diberikan kepada semua rakyat Malaysia, dalam tempoh terdekat.

Tengku Zafrul, Menteri Kewangan (MOF) ketika sesi temubual AWANI 7.45 (17 Jun) menyatakan kini penelitian berhubung inisiatif sedia ada dan pengenalan bantuan tambahan sedang dilakukan.

Tindakan ini mengambilkira sektor ekonomi tertentu yang terpaksa berdepan penutupan operasi yang lebih lama.

Sebarang makluman lanjut, hanya akan diketahui setelah perincian bantuan dimuktamadkan.